Setiap tahun dalam zodiak Cina dikaitkan dengan tanda haiwan dan tahun 2024 adalah Tahun Naga yang dianggap sebagai simbol kekuatan, keberanian, dan nasib baik.

Untuk itu, Sunway Theme Parks tidak ketinggalan memeriahkan Tahun Baru Cina- Be ‘Long’ With You menampilkan 9 Naga di dua taman tema air mereka iaitu di Lost World Of Tambun (LWOT) dan Sunway Lagoon.

Pada 8 Januari hingga 28 Februari di Sunway Lost World Of Tambun, membuka peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan kehebatan enam naga hebat iaitu Lightning Dragon, Fossil Dragon, Air Dragon dan Water Dragon di Luminous Forest.

Terdapat juga lantern dragon bersaiz raksasa yang akan menghiasi jambatan utama dan Saphira Dragon turut memukau pengunjung di hot spring LWOT.

 

Sementara itu, Di Sunway Lagoon, menampilkan tiga naga termasuk naga setinggi 577 kaki dihiasi lentera merah di SDG walk. Begitu juga naga megah berwarna biru dan hijau di Main Piazza.

Di Sunway Lagoon, juga bakal berlangsung tiga pertunjukan Tahun Baru Cina iaitu The Return of Kung Fu Dragon, Joyful of New Year dan The Wind of the Bloom. -PERAKTASTIC-