Set Makan Tengahari Mangkuk Tingkat, sememangnya mengimbau nostalgia kampung halaman kepada sesiapa sahaja yang singgah di  Sayong Resort, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar.

Menjamu selera di Sayong Resort sangat mendamaikan, tambahan pula dikelilingi kehijauan di sekitar Lembah, Sungai Perak.

Pastinya, D’Cafe Sayong Resort menanti kunjungan anda dengan sajian selera kampung iaitu Nasi Putih, Gulai Lemak Ikan Sungai/Daging, Keli Ikan Bakar, Ikan Pekasam, Ikan Masin, Kerabu/Pecal, Air Asam/Cili Kicap, Ulam Kampung, Sambal Belacan dan satu Jug Air Sirap Sarbat.

Pengurus Makanan & Minuman, Sayong Resort, Nor Azli Norshah berkata hidangan istimewa itu bukan sahaja untuk tetamu yang menginap sahaja, tetapi terbuka kepada orang ramai yang ingin menjamu selera di sini.

 

“Set istimewa ini, menyediakan 10 sajian ala kampung termasuk minuman. Set ini boleh dinikmati seramai tiga hingga empat orang pada harga RM85.00 sahaja.

 “Menu tambahan juga sediakan antaranya Ayam Goreng Berempah (RM4.00 seketul) dan Ikan Tenggalan Bakar (RM40.00 seekor).

“Tempahan boleh dibuat sehari sebelum tarikh sebenar bagi memastikan penyediakan bahan-bahan dalam keadaan segar dan berkualiti,” katanya.

Sayong Resort beroperasi setiap hari dan waktu makan tengahari 12.00pm hingga 3.00pm.

 Tempahan boleh dibuat menerusi 05-777 5001/5002 dan WhatsApp 010-873 6806. -PERAKTASTIC-