Ipoh- Orang ramai, jangan lepaskan peluang untuk ‘bermesra’ dengan ratusan hantu di taman tema air Lost World Of Tambun sempena  SCREAMFEST 2 sepanjang Oktober ini.

SCREAMFEST 2 kembali dengan menampilkan lebih kurang 200 watak hantu yang pastinya memberi pengalaman berbeza sempena bulan Halloween.

 

Ipoh : Tiga jelitawan ‘Miss Perak Tourism 2023’ yang bakal bertanding ke peringkat Miss Malaysia Tourism Pageant 2023, mendapat perhatian bekas Miss Malaysia Intercontinental 93/94, Rachelle Ng.

Menurut Rachelle Ng yang juga Pengarah  RNG Consultancy Sdn Bhd, berkata pihaknya sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada bakat-bakat baharu khususnya kepada ketiga-tiga pemenang Miss Perak Tourism 2023.

 

Batu Gajah: Program Santai Bertanjak Kellie’s Castle V.3 (PSBKCV.3) ternyata mendapat sambutan dengan kehadiran hampir tiga ribu pengunjung, semalam.

Pengurus Besar Istana Kellie, Zamari Muhyi berkata sambutan orang ramai terhadap PSBKCV.3 diluar jangkaan kerana terdapat pelbagai acara menarik dianjurkan sempena Hari Malaysia di seluruh Perak.

 

IPOH - Jalan Meru Raya-Klebang yang menghubungkan Lebuh Chepor Utama 2 dengan Lebuh Klebang Putra kini mengancam keselamatan penduduk-penduduk di tiga taman perumahan berdekatan.

Keresahan ini disuarakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana 2, Laluan 16 - Laluan 26, Razkhi Rayman,56, di mana beliau berpendapat pembinaan jalan tidak menepati piawaian keselamatan .

 

IPOH: Meriah dan muhibbah!, begitulah yang hendak diperkatakan tentang program Keretapi Sarong 2023 (KS2023) yang diadakan di perkarangan Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh, hari ini.

Program KS2023 disertai lebih 1,000 orang mengenakan busana tradisional pelbagai kaum serta etnik sejak seawal pagi menggamatkan suasana dengan acara ‘flash mob’.