IPOH -  Dianggarkan 1.1 hingga 1.4 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara sepanjang cuti hujung ming­gu ini ekoran dari kebenaran rentas negeri.

Jangkaan yang dikeluarkan oleh PLUS Malasyia Bhd. (PLUS) menerusi jurucakap PLUS cawangan utara hari ini berkata, kesesakan diramal berlaku di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang.

"Semalam kira-kira 500,000 buah kenderaan menuju utara merekodkan  peningkatan yang tinggi.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 70,000 kenderaan masuk ke Pulau Pinang berbanding hari sama minggu lalu iaitu 50,000 kenderaan. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 17.18 peratus.

"Kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak dan Gunung Semanggol kedua-dua arah juga dijangka menerima pertambahan jumlah kenderaan," katanya.

Orang ramai yang singgah di R&R dan hentian sebelah dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk mengamalkan disiplin diri dan penjarakan sosial.

Menurutnya orang ramai wajib melakukan pemeriksaan suhu badan dan mendaftar diri menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual bagi urusan pengesanan kontak rapat sekiranya perlu.

"Sekiranya ingin mengelakkan dari kesesakan di setiap permis perniagaan, adalah dinasihatkan membeli makanan sebagai bekalan.

Untuk mendapatkan maklumat trafik dan promosi terkini sila layari platform sosial media PLUS seperti Twitter, Facebook, Instagram, LinkedIn dan Youtube.

Ends//