IPOH - Orang ramai digesa untuk terus berkerjasama dalam memastikan varian baharu Omicron tidak menular dikalangan komuniti setempat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB Mohd Akmal Kamaruddin berkata setakat 3 Januari 2022 sehingga hari ini tiada kes penularan varian Omicron dilaporkan di negeri  Perak.

“Sebelum ini sebanyak 13 kes dilporkan di negeri Perak, namun ianya bukanlah melibatan kes tempatan. Adalah diharapkan kepada semua masyarakat sentiasa berwaspada menjaga SOP yang telah ditetapkan tertamanya ketika berada kawasan tumpuan ramai.

“Kita juga telah menyaksikan peratus penurunan kes positif COVID-19 semakin baik. Ini termasuklah juga kesedaran masyarakat terhadap pengambilan vaksinasi lengkap dua dos dan dos penggalak.

“Setakat ini penerima dos penggalak di negeri Perak ialah seramai 527,964 orang. Ia menunjukkan perkembangan baik dan akan meningkat lagi dari masa ke semasa. Keseluruhan 4 juta dos lengkap telah dilaksanakan di negeri Perak. Ini merupakan satu kejayaan dalam pemberian vaksinasi yang telah mencatat kepada 74 peratus sehingga Januari 2022,” katanya dalam sidang media di Majlis dua Penyerahan Alat Bantuan Pernafasan (ventilator), di Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) di sini, hari ini.

Mohd Akmal Kamaruddin juga mengulas isu pemberian sijil vaksinasi COVID-19 palsu sepertimana belaku di Terengganu baharu ini.

 “Kita juga memandang serius kes penjualan sijil vaksinasi COVID-19 palsu ini. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan pemantauan termasuklah pihak-pihak yang bertanggungjawab.

 “Setakat ini, di negeri Perak tiada wujud kes pemberian sijil vaksinasi palsu. Sekiranya didapati berlaku tindakan undang-undang tegas akan dilakukan. Ini merupakan satu kesalahan serius yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan bersama,” ujarnya.