IPOH - Inisiatif untuk membangunkan Ipoh sebagai bandaraya rendah karbon terus dijayakan menerusi inisiatif penggunaan tenaga diperbaharui.

Baru-baru ini telah dimeterai sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majuperak Holdings Berhad (Majuperak) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang telah diadakan di Hotel Kinta Riverfront.

Majuperak melalui anak syarikatnya, Majuperak United Solar JV Sdn Bhd (MUJV).

MoU ini bagi jalinan kerjasama strategik antara dua pihak untuk pemasangan solar fotovoltaik (PV) di salah satu infrastruktur milik MBI iaitu Pasar Ayam Amanjaya.

Ia seiring bersama Majlis Pelancaran Pelan Perancangan Strategik MBI, Ipoh Bandar Raya Rendah Karbon, Walkable City dan Bandar Raya Bestari Sejahtera 2030 oleh MBI dan kerjasama pelbagai pihak.

MUJV juga akan membantu membangunkan parkir berbumbungkan solar panel (solar rooftop carport) sebagai jalan penyelesaian bagi tapak parkir aras bumbung yang tidak beratap.

Cadangan pemasangan sistem solar PV berkapasiti 151 kW yang dibiayai sepenuhnya oleh MUJV di bawah Supply Agreement Of Renewable Energy (SARE) ini dijangka mampu mengurangkan pelepasan karbon.

Ia juga bakal memberi penjimatan sebanyak RM2 juta secara keseluruhannya buat MBI. -Peraktastic