IPOH - Perak diintai pedagang dari Eropah apabila menerima kunjungan hormat daripada 11 orang duta daripada Kesatuan Eropah (EU) yang datang ke bandaraya Ipoh baru-baru ini.

Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas mengetuai lawatan kerja disertai duta Perancis, Belgium, Spain, Ireland, Finland, Jerman, Romania, Austria, Sweden dan Itali.

Ketibaan delegasi itu disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad di pejabat SUK negeri di sini.

Pada kunjungan tersebut, delegasi duta EU ini diberi taklimat mengenai peluang pelaburan di Perak yang telah dibentangkan beberapa agensi berkaitan

Antaranya pihak seperti InvestPerak, Tourism Perak dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Dalam kunjungan ini, para delegasi turut dibawa melihat tempat-tempat menarik di Perak dan yang paling mempesonakan mereka adalah Royal Belum.

Perak bukanlah destinasi perdagangan asing bagi Eropah kerana terdapat beberapa syarikat gergasi dari benua itu telah pun bertapak di sini termasuklah melebihi 30 tahun.

Perdagangan dari Eropah sudah semestinya penting untuk menarik pelaburan, tambahan Perak memiliki banyak kelebihan khususnya sumber asli dan tenaga yang banyak.