IPOH: Selepas lebih 60 tahun, aktivis sosial terkenal dan mantan ahli politik, Tan Sri Lee Lam Thye hadir mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin pagi semalam.

Kehadiran Lee itu adalah bagaikan sirih pulang ke gagang kerana beliau adalah anak kelahiran Ipoh. Kedua-dua mereka telah mengadakan pertemuan yang ringkas tetapi bernas.

Ini merupakan kali pertama Lee melawat Majlis Bandaraya Ipoh setelah meninggalkan Ipoh pada tahun 60an dan berhijrah ke Kuala Lumpur di mana beliau terlibat secara aktif dalam politik setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen.

Lee terkenal semasa berkhidmat di kawasan pilihanrayanya dengan membawa mesin manaipnya membantu masyarakat dengan pelbagai isu dan masalah.

Semasa pertemuan tersebut, Lee berkongsi pengalamannya selama 16 tahun sebagai ahli Lembaga Penasihat Kuala Lumpur dari tahun 1992 hingga 2008.

Beliau juga merupakan seorang ahli politik veteran di mana beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Nenas dari 1969 hingga 1974, ADUN Serdang dari 1978 hingga 1982, Ahli Parlimen Kuala Lumpur Bandar yang kemudian bertukar nama kepada Bukit Bintang dari tahun 1974 hingga 1990.

Lee kini adalah Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), sebuah NGO yang terlibat dalam mempromosikan isu keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Beliau adalah mantan Pengerusi National Institute of Safety and Health (NIOSH) dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Kebangsaan (MCPF).

Rumaizi terharu dengan kunjungan dan dapat bertemu dengan penerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Tokoh NGO Kebangsaan dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah itu.

Beliau mengalu-alukan cadangan Lee untuk