IPOH - Dimaklumkan bahawa Pasar Besar Ipoh akan ditutup selama 2 hari bermula 18-19 Mei 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan sempena Gotong Royong Mega.

Gotong-royong mega ini dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Bahagian Kesihatan Awam Kinta (Unit Penyakit Berjangkit) Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memerangiĀ  wabak denggi dan chikungunya di kawasan persekitaran Pasar Besar Ipoh.

Pasar BesarĀ  ini akan diberoperasi semula seperti biasa pada 20 Mei 2020.

MBI berharap gotong-royong mega tersebut akan memberi lebih keyakinan kepada wargakota Ipoh tentang tahap kebersihan Pasar Besar Ipoh disamping bersama-sama menjaga kebersihan demi memastikan keselamatan para pengunjung pasar ini di tahap yang terbaik.