PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan meneruskan pemerolehan bagi vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak yang berusia lima hingga 12 tahun.

Menerusi ciapan  di laman Twitter beliau memaklumkan, selain Pfizer, kerajaan juga akan melihat kepada pilihan vaksin lain seperti Sinovac untuk pemberian kepada kumpulan tersebut.

“Berpandukan syor Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) berhubung suntikan Pfizer kepada kanak-kanak usia lima hingga 12 tahun, Malaysia akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak. Kita juga akan melihat pilihan lain seperti Sinovac," katanya.

Sebanyak 82.4 peratus daripada golongan remaja sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala, 62 peratus pula telah menerima vaksin lengkap.

Pada 26 Oktober, Jawatankuasa Penasihat Vaksin FDA telah mengesahkan bahawa vaksin COVID-19 Pfizer boleh digunakan untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Pengeluar Pfizer berkata, vaksinnya mempunyai 90 peratus keberkesanan untuk mencegah jangkitan tanpa gejala-Peraktastic.