IPOH: Seramai 58 orang pakar bedah tulang menghadiri krusus pembedahan yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 March 2023.

Pengurus Besar, Hospital Ar- Ridzuan, Dahari Masud berkata kursus pembedahan itu memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti pembedahan yang dirakam secara langsung dari dewan bedah.

“Kursus ini bertujuan melengkapkan ilmu kemahiran, pengalaman dan kenyakinan pakar bedah  yang terdiri daripada golongan muda dalam persediaan mengendalikan kes masa hadapan.

“Kemajuan teknologi seperti penggantian sendi dan prosedur arthroscope membolehkan ortopedik melihat bahagian dalam sendi.

“Prosedur ini akan memberi manfaat kepada pesakit ortopedik dan juga menyediakan proses pemulihan dan penyembuhan yang lebih baik untuk pesakit selepas prosedur.

“Diharap para peserta dapat mengemas kini pengetahuan dan kemahiran dalam amalan ortopedik, serta berkongsi pengalaman melalui pertukaran idea,” katanya menerusi ucapan sempena The 5th Ipoh Surgical Course With Dr. Loh Choong Sing di bilik Hotel Kinta River Front, hari ini.

Hadir sama Pengarah Artho World, Vincent Tan Choon Poh.

Krusus ini anjuran Hospital Ar- Ridzuan dan Arthoworld dengan kerjasama Dr. Loh Choong Sing untuk kali ke tiga. Sebelum ini, dua krusus pembedahan telah dianjurkan di lain negeri.

Penceramah pertama, Pakar Bedah Ortopedik KPJ Ipoh,  Dr Loh Choong Sing, telah menyampaikan ceramah berpandukan video rakaman pembedahan Total Knee Replacement (TKR) atau dikenali sebagai pembedahan menukar sendi lutut yang telah dijalankannya.

Sementara empat lagi penceramah ialah Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Dr Tai Cheh Chin, Hospital Ara Damansara; Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma, Dr Se To Boon Chong, KPJ Pulau Pinang; Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Dr Yeoh Kian Hua, Hospital Ar-Ridzuan dan Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Dr Kishan Rao, Hospital Kuala Lipis.

Menurut Dahari Masud,  Hospital Ar-Ridzuan telah memulakan perkhidmatan ortopedik pada awal 2019 yang sebelum itu lebih dikenali sebagai pusat bersalin dan pediatri.

“Kini kita telah menambah lebih banyak disiplin seperti Unit Hemodialisis, Klinik Pakar Ortopedik, Klinik Pembedahan Am, Oftalmologi, Perubatan Dalaman dan Jabatan Kecemasan & Kemalangan 24 jam.

“Perkhidmatan sokongan lain yang ditawarkan di Hospital Ar-Ridzuan termasuk Farmasi, Radiologi dan Makmal Perubatan,” tambahnya. - PERAKTASTIC-

 

 

Ends//