KUALA LUMPUR – Pendaftaran vaksin di negara ini mencatatkan angka lebih 10 juta pendaftar setakat pukul 11.59 malam semalam.

Menurut info grafik yang dikongsi di laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, @JKJAVMY berkata, setakat semalam jumlah pendaftaran ialah 10,573,415.

Daripada jumlah tersebut, negeri Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi iaitu sebanyak 2,751,706 diikuti Johor (1,275,535) dan Sarawak (1,156,867).

Sementara itu, laporan harian pemberian dos vaksin mengikut negeri setakat semalam juga mencatatkan jumlah 2,342,500.

Daripada jumlah tersebut seramai 1,471,449 telah menerima dos pertama dan 871,051 lengkap menerima dos kedua.

Orang ramai boleh mendaftar menerima vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera atau laman web rasmi vaksincovid.gov.my.