Ipoh- Senario vandalisme yang membarah dikalangan masyarakat bukanlah isu baru malah ianya telah menjadi  budaya yang merosakkan imej sesebuah bandar raya.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@MD Daud meluahkan kekecewaannya apabila menerima laporan kerusi awam yang baru dipasang di Padang Taman Perpaduan Koperasi telah menjadi mangsa vandalisme.

"Lebih mengecewakan lagi, kejadian vandalisme itu berlaku beberapa hari selepas pemasangan yang bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai.

"MBI menanggung kerugian ratusan ringgit untuk menggantikan semula kerosakan  kemudahan tersebut.

"Kemudahan ini seharusnya dijaga bersama bukanlah untuk dimusnahkan dan dijadikan tempat melepas geram.

"Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berharap semua pihak boleh memainkan peranan berkerjasama untuk menjaga kemudahan yang disediakan. Anggota penguatkuasa MBI berpakaian biasa akan ditugaskan untuk membuat rondaan di sekitar padang dan taman rekreasi bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi," katanya.

Rumaizi juga memohon kerjasama orang ramai untuk mengekang perbuatan vandalisme seumpama ini.

Laporan boleh dibuat kepada MBI di talian 05-251515 atau whatsapp ke 019-5503083.

Ends//