IPOH - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP) akan menganjurkan pertandingan video ucapan si cilik sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 05 November ini.

PPNAP dalam satu kenyataan memberitahu, peserta kanak-kanak boleh menzahirkan ucapan dari hati mereka sempena sambutan ulangtahun keputeraan ini dalam bentuk rakaman video.

Kata kenyataan itu, panjang rakaman adalah berdurasi 1 hingga 2 minit dan hantar ke alamat e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

"Ucapan yang menarik dan berjaya menambat hati panel juri akan menerima wang tunai iaitu RM300 bagi tempat pertama, RM200 (kedua) dan RM140 (ketiga)

"Tarikh tutup penyertaan pada 22 Oktober 2021 (Jumaat) manakala syarat-syarat penyertaan program boleh di dapati di pautan http://shorturl.at/kuUY8," ujar kenyataan tersebut.