IPOH - Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud, hari ini membuat lawatan mengejut ke tapak pembinaan projek BOND SUITES bagi meninjau kemajuan pembangunan projek BOND SUITES sekaligus memeriksa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Hasil lawatan pertama beliau ke tapak projek pembinaan BOND SUITES, pemaju telah mematuhi SOP sepenuhnya dan menyediakan penempatan pekerja yang serba lengkap, serta menerima kelulusan MITI.

Tapak binaan projek BOND SUITES telah mula beroperasi dan kemajuan pembinaan projek BOND SUITES telah mencapai 85%.

“Hanya dengan kerjasama ini, kita dapat memastikan aktiviti pembinaan dapat diteruskan bagi menyokong kelangsungan sektor ekonomi negara,” katanya ketika berucap selepas mengadakan lawatan itu.

Hadir sama  Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn Bhd, Encik Ong Teng Boon, dan  Ketua Pegawai Eksekutif Sycal Berhad, Dato’ Seow Yong Chin.

Beliau turut mengingatkan semua pihak yang telibat dalam sektor pembinaan supaya memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan tiada penularan wabak Covid19 di tapak projek masing-masing dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Ia merupakan tanggungjawab bersama, untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari COVID-19. Bersama-sama kita jaga kita, untuk memastikan kita menang dalam melawan COVID-19, demi kelangsungan kehidupan dan kesihatan rakyat.”

Bond Suites dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Jun 2022.