IPOH - Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak (KSKMP) hari ini menerima lawatan delegasi Media Terengganu ke bandaraya ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara media Perak dan media Terengganu khususnya dalam mempromosikan pelancongan di kedua-dua negeri berkenaan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud bersama Pengurus Besar Lost World of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari menyantuni lawatan berkenaan dalam satu Majlis Minum Petang di Lost World of Tambun (LWoT) di sini, pada Khamis.

Kunjungan delegasi berkenaan diketuai Timbalan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu, Suhaimi Ahmad.

Hadir sama, Wakil Presiden Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak, Mohd Syahrizal Azmi; Pengurus Pemasaran, Perak Industrial Resources Sdn. Bhd, Hardeep Kaur Dhaliwal serta Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak dan media Perak.