IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora dan kereta Proton Saga.

Menurut kenyataan JBPM, jentera bersama anggota dari Balai Bomba Sungai Siput Utara (U), dikejarkan ke lokasi kejadian iaitu Jalan Salak, Sungai Siput (U) sebaik menerima panggilan pada jam 10.14, malam Ahad.

Bagaimanapun, mangsa yang tersepit iaitu dua lelaki Melayu berusia dalam lingkungan 20 dan 22 tahun, disahkan maut oleh pasukan perubatan daripada Hospital Sungai Siput (U) serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Suhaimi Samad tamat pada jam 12.05 pagi.