Chepor – Restoran makanan segera Marrybrown yang popular sejak 1981, kini melebarkan sayap nya ke cawangan baru di Petron Chepor Indah 2, Chemor.

Pengurus Perkhidmatan, Cawangan dan Pengoperasi, Danny Tan berkata cawangan baru itu merupakan cawangan yang ke-46 dan pada masa terdekat akan dibuka empat lagi cawangan di negeri Perak.

“Lokasi baru ini sangat bersesuaian kerana ia dikelilingi kawasan perumahan berdekatan serta paling menarik ia bersebelahan dengan stesen Petron yang pasti menjadi persinggahan orang ramai.

“Matlamat utama kami ialah mahu memberi kemudahan dan keselesaan secara langsung kepada orang ramai dengan memperkenalkan konsep restoran sekeluarga untuk bersantai sambil menikmati menu-menu yang menarik.

“Waktu operasi kami ialah dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, namun ianya bergantung kepada keadaan semasa kerana kita sedang berada di Pelan Pemulihan Negara. Sekiranya tiada halangan kemungkinan bulan Ramadan nanti akan dilanjutkan sehingga tengah malam,” katanya sewaktu ditemubual di Majlis Pelancaran MarryBrown Pandulalu yang pertama di Perak di sini, semalam.

Sempena pembukaan cawangan baru, setiap pembelian RM30.00 ke atas pelanggan akan mendapat gelas coke edisi terhad percuma dan Mat Kool ais krim untuk 1000 pelnggan pertama. Sementara itu untuk pembelian secara pandu laju bagi pembelian RM30.00 ke atas akan mendapat Cheessy Wedges percuma. Promosi ini sehingga stock masih ada.

Pada masa yang sama, Danny Tan turut menyentuh perlaksanaan SOP yang wajid dipatuhi oleh pelanggan selaras dengan ketetapan yang disyaratkan oleh Majlis Keselamatan Negara (KKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami sangat tegas dengan syarat-syarat SOP yang ditetapkan kerana kami mahu semua pelanggan-pelanggan yang datang dengan gembira serta selesa dan pulang dengan selamat.

“Cawangan ini juga merupakan yang ke-7 di bawah Pengurus Cawangan Bahagian Perak, Chew Hoe Seng. Kemungkinan satu lagi cawangan akan dibuka pada masa terdekat.

“Marrybrown yang kini meraikan sambutan ulang tahun ke-40, merupakan rangkaian makanan halal segera Malaysia yang terulung, terbesar dan juga telah tersenarai di dalam Malaysia Book of Record,” ujarnya.