TAPAH - Sebanyak 224 beg darah berjaya diperolehi pada Program Derma Darah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq di Kem Bidor di sini sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Program yang diadakan baru-baru ini bertempat di Drill Shed Batalion 3 PGA dijalankan dengan kerjasma Unit Transfusi Darah, Hospital Teluk Intan.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Azhar Hashim berkata, program derma darah ini merupakan antara program berjadual dalam aktiviti Batalion 3 PGA.

"Pada kali ini ia melibatkan 224 pegawai dan anggota Batalion 3 untuk membantu tabung darah

"Hospital Teluk Intan sering menjalani pembedahan besar dan perawatan rapi, jadi stok bekalan darah amat diperlukan," ujarnya dalam kenyataan di sini.

Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan pula diketuai oleh Dr. Muhamad Abdullah Khalid bersama 12 anggota.