IPOH - Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja yang dilaporkan hilang dari rumahnya.

Remaja tersebut, Danial Hazim Mastam, 17, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Meru Fasa 2B, Ipoh sejak 4 Januari lepas.

IPD Ipoh dalam satu kenyataannya memberitahu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu boleh membantu menyalurkan maklumat.

“Sesiapa yang mempunyai makluman kehilangan mangsa boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Aslina Mat Ali di talian 019-2119539 atau 05-2451628,” ujar kenyataan itu.

Selain itu, orang juga boleh menghubungi IPD Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.