BAGAN SERAI - Bantuan bomba dipanggil bagi memadamkan kebakaran melibatkan longgokan tandan sawit di Batu 8 Jalan Parit Buntar dekat sini.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 petang.

"Sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai telah dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan api.

"Kebakaran melibatkan longgokan tandan sawit di tanah persendirian seluas dua ekar melibatkan beberapa kawasan sekitar," ujarnya.

Operasi pemadaman masih dijalankan manakala operasi diketuai PKPgB Ahmad Noor Syamsi Zainoldin.