IPOH - Beberapa kawasan rendah di Bercham dinaiki air akibat banjir kilat ekoran hujan yang berterusan sejak petang tadi.

Difahamkan air naik setinggi setengah meter menyebabkan penduduk yang terjejas dibawa ke tempat selamat.

Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.27 malam tadi.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan dibantu BBP Meru Raya kini berada di lokasi susulan kejadian banjir kilat.

"Paras air dianggarkan sedalam setengah meter dan pemantauan sedang dilakukan," ujar kenyataan tersebut.

Operasi pemantauan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mahmud Azaddin.

Habis