Orang Ipoh kalau tanya. "Dekat mana Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz ye?"

Mungkin di antara kami yang tak tahu atau lambat nak jawab.

Sebab apa?

Sebab orang Ipoh panggil taman ni dengan nama Padang Polo.

Mana datang nama Taman Polo tu jangan tanya. Mungkin dekat dengan trek lumba kuda kot. Hahaha.

Padang Polo ni, terletak dekat kawasan perumahan yang boleh dikatakan elit juga dan uniknya Padang Polo ni betul-betul bersebelahan dengan kawasan perkuburan cina.

Kalau lepak malam-malam agak menyeramkan. 

Kalau waktu pagi, macam ni lah keadaan Padang Polo.

Ramai yang datang beriadah dekat sini.

Ada yang jogging, ada buat aerobik, ada yang ambil angin pagi dan ada yang datang cuci mata. 

Padang Polo ni kira tempat kegemaran orang Ipoh untuk tujuan riadah.

Ada trek reflexology. Ada trek jogging, padang yang luas menghijau,  station-station untuk senaman, taman permainan kanak-kanak dan tasik.

Makna kata, semuanya ada di sini kalau untuk beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan.


Dulu waktu Almarhum Sultan Azlan, baginda selalu jalan kaki dekat sini waktu pagi. Masa tu, kalau baginda jalan ada lah dua tiga orang escort baginda. Kadang-kadang ada dua tiga orang akan menyapa baginda.

Kalau ada kereta Bentley tu. Maknanya Almarhum ada la dekat Padang Polo tu.

Kalau kome nak datang pagi-pagi, best dekat sini. Boleh la nak release-release tension atau saja nak ambil angin dan buah fikiran sambil berjogging.

kredit fb : Zafiq Syaddiq Radzi