IPOH - Kira-kira 100 peserta daripada pelbagai lapisan usia dan etnik mencuba tulisan kaligrafi khat Cina di sepanjang Lorong Bijeh Timah, pada Ahad.

Acara yang diadakan sempena Tahun Baharu Cina, bertujuan memeriahkan suasana Bandaraya Ipoh dimulakan oleh sebuah pertubuhan bebas ,Tin Alley.

Program tersebut turut dihadiri Setiausaha Bandaraya, Ahmad Munir Ishak mewakili Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud; Ketua Pegawai Eksekutif Pelancongan Perak, Nurmalis Musa mewakili Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohammed Radzi; Pengasas Tin Alley, Tan Kai Lek dan Ahli Majlis Bandaraya, Albert Ho antara tetamu kehormat.

“Kami menjemput orang ramai daripada pelbagai etnik untuk menyertai kami dalam semangat ‘muhibbah’ (muhibbah).

“Secara kebetulan, bunyi fonetik ‘muhibbah’ dalam bahasa Mandarin seakan-akan sama bunyinya dengan perkataan ‘harimau’, ‘kebahagiaan’ dan ‘pa’ Paloh apabila di gabungkan (Ipoh dahulu dikenali sebagai Paloh), ” anak kelahiran Ipoh, Tan Kai Lek berkongsi kisahnya,

“Pada 2021, ia tidak dapat dianjurkan kerana pandemik. Oleh itu tahun ini, kita abadikan suatu yang baharu dan akan dipamerkan selama sebulan.”

Acara itu juga menampilkan Master Chi Chern dari Persatuan Buddha Taiping yang merupakan pakar meditasi dan peminat tegar seni khat.

Sementara itu, Ahmad Munir pula berkata MBI menghargai dan menyokong inisiatif tersebut.

“ Sudah tiba masanya untuk kita memelihara, meninjau semula dan mempromosikan warisan dan budaya kita selaras dengan konsep Keluarga Malaysia supaya kita dapat mengetahui lebih lanjut tentang satu sama lain,” jelasnya.