GOPENG - Pasukan petugas khas infra MCA Gopeng telah turun padang meninjau kerja-kerja baik pulih longkang dan jalan di Kampung Baru Lawan Kuda pada Selasa lalu

Kontraktor sebelum ini melepaskan tawaran projek sebelum pihak Puncak Emas Infra Sdn Bhd melantik kontraktor baharu untuk memulakan kerja-kerja berkenaaan.

Penyelaras MCA Parlimen Gopeng, Cally Ting berkata, wakil kontraktor baharu telah datang meninjau dan meneliti kerja-kerja yang perlu dijalankan pada 20 Jun.

Katanya, kerja-kerja baik pulih ini bermula Selasa lalu dan dijangka akan siap dalam tiga hingga empat hari.

"Terima kasih atas prihatin dan tindakan pantas Ahli Majlis Daerah Kampar, Kaunselor Sharinie Zuraidi.

"Sama-sama kita berusaha dan merancang yang terbaik demi kesejahteraan Gopeng," katanya.

Dalam pada itu, masyarakat setempat di Gopeng sekiranya mempunyai sebarang masalah atau aduan berkaitan kemudahan awam boleh menghubungi Pasukan Petugas Khas infra MCA Gopeng menerusi WhatsApp 016-5605125.