Ipoh- Sebanyak 46 pasukan bakal berentap dalam acara pertandingan Explorace 2022 yang akan berlangsung esok, 26 Jun 2022.

Yang Dipertua Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh, Radin Afifi Ahmad Aruani berkata sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan diluar jangkaan.

“Pihak Malis Bandaraya Ipoh (MBI) mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pasukan yang telah berdaftar untuk Explorace 2022 kali. Ini merupakn pengajuran kali kedua sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh Ke-34.

“Esok, kesemua pasukan akan mendaftar seawal pagi bagi penyerahan pelekat rasmi dan tag Explorace 2022 yang diwakili oleh ketua setiap kumpulan di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Setiap kumpulan diwakili seramai empat orang.

“Pelepasan dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin Md Daud pada 8.30 pagi di perkarangan Stadium Indera Mulia”, katanya kepada Peraktastic selepas sesi taklimat Explorace 2022 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Para peserta wajib melalui lima Check Point yang telah ditetapkan untuk melaksanakan tugas yang diberi. Sekiranya peserta gagal menyudahkan tugasan yang di beri pada setiap check point, penalti akan dikenakan sebelum bergerak ke check point seterusnya.

Setiap pasukan akan menerima ‘passport’ sewaktu pelepasan dibuat. Waktu pertandingan bermula 8.30 pagi sehingga 12.30 tangahari. Pasukan yang terdahulu sampai dikira sebagai pemenang.

Radin Afifi berharap, setiap peserta seharusnya telah bersedia menyahut cabaran explorace yang memerlukan kesabaran dan ketangkasan fizikal serta kecerdasan mental.

“Kesemua check point tertumpu di sekitar Bandaraya Ipoh. Selain dari hadiah wang tunai yang lumayan, cabutan bertuah juga bakal menanti peserta-peserta.

Mohd. Firdaus Kamaruzaman, 43, dari Tambun berkata beliau begitu teruja setelah mengetahui MBI bakal melangsungkan pertandingan explorace terbuka kepada warga kota Ipoh.

“Penganjuran program ini bertepatan pada waktunya setelah kita berehat selama dua tahun lebih kerana pandemik Covid-19. Selain dapat melepaskan ‘stress’, kita juga dapat membantu MBI mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan sekitar Bandaraya Ipoh menerusi tugasan-tugasan di setiap check point.

“Kami telah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menyahut cabaran-cabaran di setiap check point. Kami yakin, kami boleh!”, katanya yang menamakan kumpulannya Tambun’s.

Seorang lagi peserta, Kistopher Laser, 27, peluang menyertai pertandingan explorace ini sememangnya dinanti-nantikan.

“Saya berbangga dapat bersama-sama menyertai pertandingan ini dan saya berharap kami akan berjaya melaksanakan semua tugasan yang diberi. Begitu juga kepada semua kumpulan, semoga dapat melakukan yang terbaik di samping menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) kendiri”, katanya. - PERAKTASTIC-