IPOH- Bandar Taping yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan bakal dibanjiri ratusan tetamu luar negara bagi menyaksikan Festival Global Taiping dan Pertandingan Tarian Singa 2022.

Festival yang julung kali diadakan itu, bakal disertai lebih 500 orang peserta dari beberapa negara di Asia Tenggara.Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nur Malis Musa berkata kehadiran para peserta itu akan memainkan pelbagai peranan antaranya penghakiman, pengawai, peserta mempersembahkan tarian singa dan sebagai tetamu.

Setakat ini, sebanyak 15 kumpulan tarian singa antarabangsa telah mengesahkan penyertaan antaranya dari Singapura, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Juga difahamkan, penyertaan akan bertambah dari masa ke semasa mengikut perkembangan terkini COVID-19 berkaitan kelonggaran sekatan perjalanan pintu masuk negara.

Malaysia juga telah menyatakan penyertaan sejumlah 15 kumpulan yang bakal mempamerkan kemahiran aktobatik dan kesenian tarian singa”, katanya dalam sidang media mewakli Pengerusi Jawatankuasa Tempatan dan Pelancongan Perak, Dato’ Nolee Ashilin Mohammad Radzi, sempena Majlis Pelancaran Pesta Global Taiping Dan Pertandingan Tarian Singa di Hotel MH, di sini semalam.

Sebelum itu, Nurmalis merasmikan Pelancaran Logo dan Laman Web Pesta Global Taping dan Pertandingan Tarian Singa.Keseluruhan rekabentuk logo itu mempamirkan elemen perayaan berbilang bangsa serta budaya, warisan, kesenian dan alam semulajadi Taiping.

Nurmalis berkata, festival ini berpotensi besar untuk dijadikan acara tahunan namun ianya bergantung kepada sambutan masyarakat dan sokongan daripada organisasi-organisasi yang terlibat.

Ini adalah festival pertama dianjurkan di Bandar Warisan Taiping yang banyak melakar sejarah ‘pertama’ di negara ini. Oleh yang demikian ia berupaya menarik ramai pelancongan tempatan dan antarabangsa. Ia akan dilangsungkan di Dataran Warisan.

Festival ini merupakan anjuran Six Sense Group bersama Koperasi Waris dan Kerabat Raja Negeri Perak Berhad. Aspek pertandingan tarian singa diterajui oleh Pengerusi Majlis Antarabangsa Lion and Dance Performance (LDP), Francis Teo dengan sokongan Persatuan Hong Teik, yang mempunyai 48 keahlian dan 40 syarikat bersekutu antarabangsa”, ujarnya.

Untuk butiran lanjut mengenai Taiping Global Festival dan Pertandingan Tarian Singa 2022, bolehlah melayari laman sesawang: https://www.sixsensegroup.my/TGFC22/