IPOH - Pasukan Petugas Khas Infra MCA Gopeng mengambil pendekatan proaktif apabila menjadi pemudah cara untuk menyelesaikan keluhan-keluhan komuniti dalam hal kemudahan asas.

Menerusi inisiatif tersebut, pasukan ini akan melakukan tinjauan bagi mendapatkan gambaran sebenar sebelum berhubung terus dengan pihak berkaitan.

Penyelaras MCA Parlimen Gopeng, Cally Ting berkata, usaha itu bagi memastikan aduan masyarakat dapat diambil perhatian selain bersifat komunikasi dua hala.

"Bukan setakat memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa sahaja, #PasukanPetugasKhas InfraMCAGopeng juga akan memastikan aduan diselesaikan dengan secepat mungkin.

"Terima kasih kontraktor Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bertindak pantas dalam membaikpulih tebing longkang yang runtuh di jalan masuk Persiaran Simpang Pulai," ujarnya.

Beliau memberi respons tersebut menerusi hantaran pada laman Facebook beliau baru-baru ini.

Katanya lagi #TeamMCAGopeng akan sentiasa berusaha dan berkhidmat demi ksejahteraan penduduk Gopeng.

Ujar Cally lagi, sebarang aduan penduduk bolehlah dibuat dengan menghubungi Pasukan Petugas Khas Infra MCA Gopeng menerusi hantaran WhatsApp pada talian 016-5605125.

Dalam perkembangan sama, Pasukan Petugas Khas Infra MCA Gopeng menerima aduan masyarakat India dari Kampung Tersusun Lawan Kuda tentang tebing longkang runtuh yang menyekat pengaliran air.

Susulan aduan itu, tinjauan ke lokasi telah dilakukan bersama Ahli Majlis Daerah Kampar (MDK).

Hasilnya, kerja membaik pulih akan dijalankan pihak MDK secepat mungkin.