Ipoh- Sambutan Deepavali tahun ini lebih membawa pengertian yang mendalam kepada 454 orang pelajar beragama Hindu di SMK Sri Puteri, Ipoh.

Namun kegembiraan itu tidak menyebelahi B.Archanaa Thiviea Raj, 17, pelajar tingkatan lima yang baharu kematian bapanya pada 15 Oktober 2022 yang lalu.

B.Archanaa Thiviea Raj merasakan kehilangan bapanya memberi satu tamparan hebat kepada keluarga yang selama ini bergantung harap kepada mendiang bapanya. Anak kedua dari enam adik beradik ini menghargai sokongan rakan dan pihak sekolah terhadap keluarga mereka. 

Saya sungguh terharu. Tidak sangka rakan-rakan dan sekolah sangat prihatin dengan kami adik-beradik yang baharu kehilangan ayah.

Sokongan dan semangat yang diberi oleh rakan-rakan sedikit sebanyak mengubat kesedihan saya tambahi pula kedatangan Deepavali kini hanyalah tinggal sebuah kenangan bersama bapa saya.

Terima kasih juga kepada pihak SMK Sri Puteri yang memberi sumbangan kepada kami sekeluarga sempena sambutan Deepavali. Walaupun tahun ini saya tidak merayakan Deepavali tetapi untuk sumbangan duit raya ini akan disimpan untuk kegunaan masa hadapan,” katanya ketika ditemubual di Majlis Sambutan Hari Deepavali, SMK Sri Puteri, Jumaat lalu.

 

Majlis Sambutan Hari Deepavali ini, bersesuaian dengan slogan Sekolahku Sejahtera dan Amalan Guru Penyayang, SMK Seri Puteri dalam menyemarakkan sambutan Deepavali tahun ini.

Perayaan penuh cahaya dan berwarna-warni ini turut memberi sinar buat murid-murid yang kurang bernasib baik.

Sumbangan yang berjaya dikumpul oleh pihak sekolah dan PIBG telah disampaikan kepada murid-murid yang kebanyakan terdiri dari golongan B40.