IPOH - Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim telah menyempurnakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Keceriaan Merdeka Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan semalam.

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) menjadi johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500.

Hadiah disampaikan kepada Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Halizah Sipun.

Naib johan milik Pejabat Kewangan Negeri Perak yang diwakili Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zaki Mahyudin.

Bagi tempat ketiga dimenangi Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang diwakili oleh Setiausaha Bahagian BKP, Nuruljaswa Abd. Hamid.

Naib Johan dan penyandang tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan RM700.

Setiap pemenang turut menerima sebuah bingkai gambar terbaik dan sijil kemenangan.

Pertandingan anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ini telah disertai oleh setiap bahagian di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ia bertujuan mewujudkan suasana kemerdekaan dengan hiasan dekorasi yang kreatif dan inovatif serta memupuk semangat kemerdekaan di kalangan warga kerja.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Anita Amri selaku penyelaras pertandingan ini.