Ipoh – Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin@Md Daud mahukan semua poster, kain rentang dan bendera parti politik dibuka semula sebelum 3 Disember 2022.

Menurut beliau, fenomena ‘perang bendera’ di sekitar bandar raya Ipoh sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih belum ditanggalkan sepenuhnya.

Katanya, pihak bertanggunjawab diingatkan supaya tidak terabai memugut semula bahan-bahan kempen itu dalam tempoh yang diberi bagi memastikan bandar raya Ipoh kembali bersih dan indah.

Mengikut akta yang telah ditetapkan, kesemua bahan-bahan kempen itu seharusnya dibersihkan dalam masa 14 hari selepas pilihanraya.

Saya telah memaklumkan kepada semua parti-parti politik agar menanggalkan dan membersihkan semua bahan-bahan kempen di sekitar bandar raya Ipoh sehingga tarikh akhir 2 Disember 2022.

Sekiranya pada 3 Disember masih terdapat longgokkan poster atau bendera-bendera yang masih terpasang, pihak MBI akan merampas wang deposit dan akan mengambil alih kerja-kerja pembersihan,” katanya kepada Peraktastic sewaktu ditemubual selepas program Ipoh Car Free Day di sini hari ini.

Tinjaun Peraktastic mendapati terdapat beberapa kawasan bandar raya Ipoh terutamanya di daerah Tambun dan Meru masih banyak terdapat bendera dan kain rentang parti politik yangb belum ditanggalkan sepenuhnya termasuk beberapa longgokan bendera di bahu jalan.