Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Hospital Pantai Ipoh menaiktaraf fasiliti dengan menyediakan lima bilik pengasingan (Isolation Room).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chong Siet Fong berkata, sebagai sebuah hospital yang progresif sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana penyakit.

"Hospital Pantai Ipoh sangat komited dengan menaiktaraf fasiliti hospital dengan menyediakan lima bilik isolasi," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran menu baharu khas bagi pesakit dalam wad oleh Selebriti Chef, Dato' Fazley Yaakob di hospital berkenaan di sini semalam.

Chong berkata, selain itu wad Unit Rawatan Rapi(ICU) dan Unit Dependensi Tinggi (HDU) yang berwajah baru.

"ICU mempunyai lapan katil di dalam tujuh cubicle dan lima katil di HDU," katanya.

Katanya, pihaknya bersyukur mempunyai memiliki fasiliti lengkap menyebabkan mereka dapat menempuh bencana pandemik Covid sebelum ini dengan lebih yakin.

"Dengan pelbagai penambahbaikan di Hospital Pantai Ipoh, saya berharap semua pengunjung terutamanya pesakit dijaga dengan baik dan menjadikan ia pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan," katanya.