Oleh Balqis Jazimah Zahari

KUALA LUMPUR: Misi Bantuan Kemanusian kepada mangsa tragedi gempa bumi di Syria berlepas malam semalam, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, sebanyak 42 tan barangan bantuan akan dibawa menggunakan dua Pesawat Pengangkut A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"InsyaAllah, misi bantuan ini akan disampaikan dengan kadar yang segera kepada mangsa di sana.

"Terima kasih diucapkan kepada semua yang berdaftar di bawah Malaysian Humanitarian NGOS kerana bersama-sama menjayakan misi bantuan ini.

"Semoga segala urusan yang dirancang akan dipermudahkan," katanya menerusi Facebooknya.