IPOH - Bandar raya Ipoh sekali lagi menjadi tumpuan apabila dipilih lokasi sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2023 yang bermula hari ini sehingga Ahad di Laman Sejahtera, Taman DR Seenivasagam.

Acara kemuncak adalah pada esok yang mana majlis perasmian akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada pukul 9 pagi.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang tiga hari acara seperti pameran dan jualan landskap, forum bandar hijau dan demonstrasi bunga.

Turut memerintahkan sambutan adalah pesta kopi dan trak makanan, buskers semi akustik, aktiviti kebudayaan dan komuniti, sukan rakyat dan banyak lagi.

Acara Melodi Bandar Raya juga diadakan sempena Tahun Melawat Ipoh pada malam esok di lokasi sama.

Pada Ahad pula diadakan Fun Walk @Hari Landskap Negara bermula pukul 8 pagi.

Warga Ipoh jangan lepaskan peluang hadir beramai-ramai untuk memeriahkan sambutan berkenaan.

Sebelum ini Hari Landskap Negara 2022 disambut di Taman Bandar Ekoflora, Johor Bahru dengan tema '25 Tahun Negara Taman Terindah'.