TAPAH - Sebatang pokok getah tua yang dianggarkan bersaiz dua pemeluk tumbang merintang jalan lalu menghalang laluan di Jalan Raja dekat sini pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, PBK II Abd. Rahman Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.59 pagi sebelum menghantar anggota dan jentera ke lokasi.

Menurut beliau, kejadian menyebabkan kenderaan terhalang tidak dapat melalui jalan tersebut.

"Anggota kita telah melakukan pemotongan dan mengalihkan batang pokok terlibat bagi memastikan kenderaan dapat bergerak di atas jalan.

“Turut membantu operasi ialah anggota Angkatan Pertahanan Awam dan penguat kuasa Majlis Daerah Tapah," katanya dalam satu kenhyataan di sini hari ini.

Operasi tamat pada pukul 11.14 pagi.