IPOH 4 Mei - Seramai 17 Ahli Majlis telah mengangkat sumpah jawatan yang disempurnakan mengikut tiga kumpulan di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin telah mengetuai kumpulan pertama mengangkat sumpah jawatan.

Tempoh lantikan Ahli Majlis ini bermula pada 4 Mei 2020 hingga 3 Mei 2021.

Lapan Ahli Majlis tersebut adalah dari Barisan Nasional (BN) dan masing-masing empat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pas.

Mereka ialah Mahader Ahmad Mohamad Ayob; Nor Afzainizam Saleh;
Mohammad Sharif dan Dr. Richard Ng yang kesemuanya daripada PPBM.

Daripada Pas ialah Syed Mohd Nor Hisam Syed Hassan; Yougan Mahalingam; Mohd Rafaad Razali dan Abu Bakar Husain.

Manakala BN terdiri daripada Datuk Mohd Nasri Shaari, Mohamad Annuar Baharuddin; Kamarulzaman Abdullah; Ahmad Hariri Kamarudin; Mazlan Abd Rahman; Khoo Boon Chuan;
Ho Wai Mun dan Jayagopi M. Subramaniam.

Semoga pelantikan Ahli Majlis ini akan menjadi penghubung antara MBI dan wargakota Ipoh serta meneruskan kecemerlangan MBI sebagai antara pihak berkuasa tempatan terbaik di Malaysia.