IPOH, 19 Mei - Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menjejaskan ekonomi segelintir pesara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Persatuan Pesara Majlis Bandaraya Ipoh (PERMAI) tampil menyampaikan sumbangan kepada 105 ahli pesara yang terpilih.

Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata pemberian sumbangan itu melibatkan ahli-ahli PERMAI yang mengalami masalah kewangan ketara kesan daripada PKPB dimana mereka gagal menjalan aktiviti ekonomi seperti sebelumnya.

“PERMAI ditubuhkan bertujuan sebagai platform untuk memupuk hubungan dan kerjasama yang erat diantara pesara dan MBI selain menjaga kebajikan pesara selepas meninggalkan perkhidmatan dengan MBI”, katanya.

PERMAI telah ditubuhkan pada tahun 2009 semasa mantan Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Roshidi Hashim. Sehingga kini bilangan keahlian adalah seramai 170 orang.

Presiden PERMAI, Dato’ Mohamad Rafiai Moktar berkata sokongan yang diberi oleh MBI kepada PERMAI telah banyak membantu menjayakan program-program bagi meraikan para pesara,

“Pada Disember 2011 Koperasi PERMAI Kinta Berhad telah ditubuhkan bagi menambah sumber kewangan. Saya berharap pihak MBI dapat mambantu serta memberi sokongan terhadap koperasi ini untuk terus menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada ahli PERMAI’, katanya.