IPOH - Atas semangat kejiranan dan saling membantu, Biro Belia Masjid Al Furqan dan Komuniti Belia Taman Pengkalan Jaya di sini mengagihkan ayam mentah kepada penduduk kurang berkemampuan.

Sebanyak 70 ekor ayam mentah telah disumbangkan kepada penduduk asnaf dan golongan yang memerlukan yang juga kariah taman perumahan tersebut.

Program tersebut merupakan aktiviti kemasyarakatan selain sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Agihan telah dilakukan seramai lima orang sukarelawan yang diketuai Pengarah Program, Zulkifli Baharom.

Menurut jurucakap program, Afi Roshezry Abu Bakar, pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada para peyumbang bagi menjayakan agihan tersebut.

"Sumbangan kecil ini sebagai tanda prihatin kepada para penerima selainĀ  persediaan menyambut Aidilfitri.

"Ia juga dapat mengeratkan silaturahhim sesama komuniti khususnya kariah Masjid Al Furqan, Taman Pengkalan Jaya," ujarnya.