Restoran masakan kampung yang hangat diperkatakan sekarang, Restoran Celup Tepung Rindu (RCTR) antara 'PORT' berbuka puasa tumpuan ramai menjelang bulan Ramadan.

Sajian makanan laut goreng tepung atau lebih dikenali sebagai ‘celup tepung’ menjadi menu utama di sini. Rasa rangup ‘krup krap’ tepungnya yang digoreng garing, sememangnya tidak mencukupi pada kadar sepinggang besar malah pasti menyusul sepinggan lagi. Begitulah lazatnya sajian ini apatah lagi dihidangkan panas-panas dari dapur!

Pemilik RCTR, Safizan Ezerin Ariffin ,40 tahun berkata selain menu celup tepung yang mendapat permintaan tinggi, sajian lain seperti kurma kambing, kari daging, sup thai dan tomyam juga mampu menyengat selera pengunjung.

Sempena Ramadan tahun ini, kami menyajikan lebih 10 jenis menu masakan tradisonal warisan kampung dan juga ala Thai yang akan bertukar-tukar setiap hari hasil sentuhan air tangan tukang masak berkemahiran dalam bidang penyedian makanan. 

Sepanjang Ramadan ini, kami juga menawarkan infak berbuka puasa untuk anak yatim dan orang ramai. Infak untuk seorang anak yatim ialah RM30.00. Kami akan kumpulkan anak-anak yatim mengikut jumlah pesanan yang diterima dan mereka akan diraikan disini bersama majlis tahlil, berbuka puasa dan sembayang terawih berjemaah di tingkat atas bangunan ini. 

Selain itu, kami juga menawarkan infak minuman air jagung rindu dengan harga RM150.00 sebalang. Kami akan menyediakan pelbagai minuman dalam anggaran 30-40 bungkusan untuk diedarkan kepada orang ramai di bazar Ramadan berdekatan", katanya kepada Peraktastic sempena Ramadan Review di Restoran Celup Tepung Rindu beralamat di No. 15, Jalan Meru Bestari A4/1, Medan Meru Bestari, 31200 Ipoh, di sini semalam.

 

Tidak perlu berfikir lagi, di sinilah pilihan tepat dan berbaloi untuk seisi keluarga berbuka puasa. Buffet Ramadan RCTR bermula 4 Mac hingga 30 April 2022. Tempah buffet dan infak boleh dilakukan menerusi Ijan di talian 011 2154 2485. - PERAKTASTIC-