Symphony Suites satu-satunya hotel yang menyajikan menu viral ‘Daging Harimau Menangis’ yang sudah pasti membuat anda turut ‘menangis’ jika terlepas merasainya!

Menu popular dari negara jiran Thailand itu, merupakan daging panggang di bahagian paling lembut yang terletak di bahagian belakang tulang lembu.

Pengurus Besar Symphony Suites, Muhamad Hairil Kumaradas berkata, daging itu diperap selama lebih kurang satu jam setengah dan di salai dalam tempoh yang dihadkan bagi mengekalkan kelembutan dan kemanisannya. Ia akan dinikmati dengan sos yang diadun sendiri Chef M. Kumaran yang berpengalaman lebih 12 tahun.

“Daging harimau menangis dan kambing golek adalah menu utama yang paling popular serta mendapat permintaan  tinggi disamping lain-lain sajian utama masakan negeri Perak yang kami ketengahkan pada tahun ini.

“Sebanyak 20 jenis hidangan utama dan 30 jenis pembuka selera serta pemanis mulut disajikan. Namun setiap hari akan diselang-selikan dengan menu sampingan antaranya daging masak gulai kawah, siput sedut masak lemak cili padi, daging masak lantop, ayam masak kerutuk, ikan masak tempoyak, ikan masak daeng sumur, nasi briyani, nasi hujan panas, dan nasi kebuli’, katanya kepada Peraktastic.

Turut menarik perhatian, terdapat enam buah gerai yang menyediakan pelbagai juadah antaranya gerai panggang, gerai goreng- goreng panas, gerai rojak pasembor, gerai mee, gerai satay, gerai Symphony istimewa char keow teow dan gerai air batu campur dan cendol.

Menurut Muhamad Hairil, Bufet Ramadan yang berkonsepkan Citarasa Perak itu, menawarkan lebih 100 juadah berbuka puasa bermula pada 4 hingga 30 April 2022.

“Harga untuk dewasa ialah RM70.00 seorang, warga emas 60 ke atas dikenakan RM50.00 dan RM30.00 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

“Tempahan secara terus akan berpeluang menikmati harga istimewa Bufet Ramadan RM60.00 untuk dewasa, warga emas RM50.00 dan kanak-kanak RM30.00. Sahur dan solat sunat terawih turut disediakan di ruang khas dan selesa.’, ujarnya.

Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 012-900 2271 (Symphony Cafe) @ 012-900 8538 (Effa).