Berkonsepkan Ala- Bazaar Ramadan, Impian Hotel kembali menceriakan iftar Ramadan sepertimana yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Kemeriah berbuka puasa di sini bukan sahaja sebanyak 200 jenis sajian menanti setiap hari, malah ruang yang selesa, privasi dan eksklusif menjadi keutamaan pihak pengurusan kepada para pengunjung.

Menu gulai kawah mempersembahkan sajian antaranya Warisan Rendang Tok Pak Man Hamdan dan Rendang Batang Pinang. Begitu juga Kari Kepala Ikan seperti ikan jenahak dan ikan merah segar menjadi sajian tetap sepanjang Ramadan. Selain itu kambing carik, seafood goreng ranggup dan ayam panggang turut menjadi ‘signature’ yang digemari ramai.

Chef Eksekutif, Mohd Nizam Abdul Rahim, anak jati Perak ini berpengalaman selama 29 tahun dalam dunia masakan berkata terdapat lebih 20 jenis sajian utama yang menarik dari perbagai citarasa Melayu, Cina, India, masakan barat dan timur tengah yang akan diselang selikan setiap hari.

“Sajian Kambing Carik seharusnya dicuba bersama Nasi Arab, Yogurt Mint Sause dan Salad Segar. Kelembutan tekstur dagingnya yang lembut serta dicarik-carik mampu membangkitkan ‘kerakusan’ selera pengunjung.

“Kami juga telah menambah baik menu cucur udang supaya lebih ranggup dan menyelerakan. Sememangnya cucur udang kami diperakui terbaik oleh para pengunjung. Rata-rata pengunjung pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati cucur udang panas terus dari kuali.

“Pengunjung juga boleh menikmati sajian pelbagai jenis kerabu, kuih muih tradisional melayu, bubur lambuk, marshmallows cokelat, mee goreng, kwetiau goreng dan pelbagai lagi’, katanya kepada Peraktastic sempena Bufet Ramadan “Bazaar Ramadan Lagi..? di Hotel Impiana di sini semalam.

Bufet Ramadan ini bermula 5 April hingga 2 Mei 2022 dari 7.00 petang hingga 10.00 malam. Harga dewasa RM98.00+ dan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun RM78.00+.

Tempahan bufet bolehlah dibuat menerusi talian  05-255 5555 sambungan 8018, WhatsApp 018 577 4143 atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. - PERAKTASTIC.