"Memang padu dan power, saya bagi lima bintang! Sotong Bakar Sambal Petai dan Prawn Salted Egg , sajian utama pembangkit selera antara yang terbaik pernah saya nikmati”, begitulah perkongsian salah seorang pengunjung yang berbuka puasa di Restoran Laman Manjoi, Ipoh.

Berkonsepkan restoran masakan Chinese Muslim dengan mengetengahkan menu seperti Daging Kam Heong, Kailan Ying Yang, Prawn Salted Egg, Butter Prawn dan pelbagai lagi tenyata menarik ramai pengujung untuk menikmati sesuatu yang berbeza.

Sempena bulan Ramadan ini, pengujung boleh memilih pelbagai pakej iftra dan moreh yang terbahagi kepada empat set hidangan mengikut bilangan pelanggan dan jumlah lauk pauk.

Chef Muhammad Nazrul Hazim Mohd Hashim berkata Restoran Laman Majoi menawarkan empat pakej bagi Dome Set iaitu Set A (empat orang) RM80 berserta lima jenis lauk pauk; Set B (enam orang) yang berharga RM120 berserta enam jenis lauk pauk; Set C (lapan orang) yang berharga RM160 berserta tujuh jenis lauk pauk dan Set D (10 orang) yang berharga RM199 berserta lapan jenis lauk pauk. 

“Kesemua set disertakan dengan kurma, buah-buahan, kuih muih, kordial dan nasi. Tempahan mestilah dibuat sebelum 2.00 petang.

“Kami menyediakan lima set menu lauk pauk dari hari Ahad hingga Sabtu. Antara pilihan menu yang menadapat tempahan tinggi ialah Ikan Bakar, Ayam Pandan , Daging Kam Heong, Ayam Butter, Prawn Salted EggI, Ikan Harlock, Udang Masak Lemak, Sotong Bakar sambal Petai, Sup Tomyam, Udang Sambal Petai, Sotong Celup Tepung, Kerang Bakar dan pelbagai lagi.

“Kami juga menyediakan pakaj iftar dan moreh ‘Tapau Box’ (bungkus) dengan pilihan lauk pauk berserta nasi, kurma ,air mineral dan air kotak. Harga dikenakan RM15 sebungkus dan tempahan harus dibuat sehari sebelum”, katanya.

Laman Manjoi mula beroperasi pada tahun 2021. Ia diusahakan oleh usahawanita muda, Fadhilah Zahid. Beliau mengambil konsep kediaman sebagai restoran yang pertama di Gugusan Manjoi.

Laman Manjoi juga menyediakan perkhidmatan laman perkhawinan, tempahan berkumpulan untuk makan tengahari / malam, sarapan pagi (akan di buka selepas bulan puasa) dan BBQ steamboat / shell out.

Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi 011 5355 1616 atau terus ke alamat 1170, Jalan Perwira, Gugusan Manjoi, 30020 Ipoh, Perak.

Anda juga boleh melayari media sosial  Instagram (Laman Manjoi) dan Facebook (Laman Manjoi).