Berbaloi..sajian iftar Ramadan yang terbaik!

Begitulah yang harus diperkatakan kepada pihak pengurusan The Haven All Suite Resort, Ipoh (The Haven) yang saban tahun menyajikan menu iftar yang mampu mengubat rindu perantau kepada kampung halaman.

Bertemakan ‘Sajian Iftar Warisan Desa’, sememangnya bukan sahaja menepati citarasa pengunjung berbangsa Melayu malah mampu menambat selera semua bangsa.

Sajian seperti Kambing Panggang Ala Arab Dengan Nasi Mandy, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi dan Sup Gearbox pastinya menjadi menu ‘lagend‘ dan ‘viral’ di Haven sebuah resort mewah lagi eksklusif.

Antara lebih 50 menu lain yang tidak kurang menambat selera ialah Rendang Pedas Daging Batang Pinang, Sambal Tumis Udang, Sotong Masak Cili Kering, Kari Daging Batang Pinang, Kambing Masak Mongolia, Asam Pedas Ikan Pari dan pelbagai lagi.

Menurut Ketua Chef, Rajesh berkata menu bufet Ramadan akan berubah setiap hari bagi mempelbagaikan citarasa untuk pengunjung membuat pilihan.

“Lebih daripada 25 jenis hidangan utama dan 30 jenis pembuka selera serta pencuci mulut turut dihidangkan.Kami juga menampilkan lima gerai makanan untuk pengunjung lebih merasai kesegaran makanan iaitu Gerai Makanan Arab, Gerai Grill, Gerai Sup, Gerai Mee dan Gerai Goreng.

“Di The Haven, kami memastikan semua bahan masakan adalah segar dan berkhasiat tanpa menggunakan perasa atau MSG.

“Persekitaran The Haven yang mesra alam, pengudaraan yang segar dan tenang semestinya memberi keselesaan kepada pengujung untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan taulan.

“Kemudahan surau yang selesa dan berhawa dingin disediakan untuk muslimin dan muslimat menunaikan solat magrib dan isyak,” katanya kepada pemberita sempena majlis Sajian Iftar Warisan Desa di The Haven semalam.

Bufet Ramadan ini akan bermula pada 24 Mac hingga 20 April 2023. Waktu beroperasi dari 7.00 petang hingga 10.00 malam.

Kadar bayaran RM158 bersih bagi dewasa dan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun dan warga emas dikenakan bayaran RM138 bersih.

Kanak-kanak di bawah 6 tahun adalah percuma, tertakluk kepada dua kanak-kanak yang ditemani oleh dua orang dewasa.

Harga tempahan awal (early bird) harga yang ditawarkan ialah RM118.50 bersih untuk dewasa dan RM103.50 bersih untuk kanak-kanak dan warga emas. Tempahan dan pembayaran haruslah dibuat dua hari sebelum tarikh yang ditetapkan.

Untuk pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi 05-540 0010 dan whasApp 012 224 9409. Anda juga boleh melayari laman rasmi www.thehavenresorts.com.

Hanya di sinilah ketenangan yang mampu mengimbau nostalgia Ramadan yang dicari-cari!!! -PERAKTASTIC-