Mungkin ada yang mula bosan dengan juadah di bazar Ramadan dan ingin mencuba Bufet Ramadan yang berkonsepkan masakan tradisional Melayu lama.

Tidak perlu berfikir panjang, ‘Bufet Iftar Impiana’ tahun ini menampilkan konsep dari pelbagai pilihan tradisional hingga ke antarabangsa.

Sentuhan dari Eksekutif Chef Nizam Abdul Rahim dan pasukan beliau di Hotel  Impiana Ipoh (HII) bakal menyajikan pelbagai juadah istimewa bemula 25 Mac hingga 21 haribulan April 2023.

Kambing panggang bersama sos perapan dan sos ciptaan oleh Chef  Nizam adalah menu wajib dan sememangnya mendapat sambutan setiap tahun dari pengunjung.

Sajian tradisi tempatan seperti gulai kawah tempatan, warisan rendang tok Impiana, kari kepala ikan, pizza Impiana, makanan laut, sate, bubur lambuk Impiana dan pilihan manisan turut menambat selera.

Kaunter manisan bagi kanak-kanak turut disediakan dengan pilihan utama 'chocolate fountain' dan ais kri.

Harga bufet biasa adalah RM118  untuk dewasa, RM98  untuk warga emas manakala kanak-kanak RM78 .  Tawaran istimewa untuk tempahan awal baucer iftar ramadan berharga RM95 seorang dan RM999  untuk 1 booklet (10 baucer) dibuka sehingga 31 Mac.

Sementara itu, HII juga mempromosi Iftar Tapao iaitu set bungkus dengan harga yang RM19.90. Terdapat pilihan set briyani, set ikan patin lemak tempoyak, set nasi minyak dan set gulai kawah untuk dinikmati bagi warga Ipoh. Tambahan sebanyak RM2.00+ bagi setiap air minuman berkarbonat (pilihan).

Set iftar tapao ini juga boleh ditempah melalui aplikasi Grabfood & Foodpanda. Tempahan majlis berbuka puasa persendirian turut disediakan kepada kumpulan bersaiz 100 orang ke atas dengan tawaran serendah RM78 seorang.Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi +605 255 5555.

Tanggungjawab Sosial Korporat

Pihak pengurusan HII turut menyediakan sumbangan bubur lambuk selama empat hari kepada orang ramai. Pengedaran secara pandu lalu akan dilangsungkan pada setiap hari Jumaat jam 4.00 petang bertarikh 24, 31 Mac dan 7, 14 April 2023.

Satu tabung derma telah ditubuhkan untuk orang ramai menyalurkan bantuan kepada Asrama Anak-Anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda, Tanah Hitam Chemor.  Sumbangan akan diberikan sejurus sahaja tamatnya bulan Ramadan. - Peraktastic-