IPOH- Orang ramai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai pertandingan video pendek 'Perak Food Hunter'.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia (BSKM), YB Khairul Shahril bin Mohamed berkata, pertandingan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui BSKM dan Digital Perak Corporation Holdings (DPCH).  

"Pertandingan ini bertujuan merancakkan semula ekonomi peniagaan makanan tempatan yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 selain dari mempromosikan sektor pelancongan domestik.

"Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia. Pertandingan bermula daripada 8 Januari sehingga 19 Febuari 2021", katanya kepada media selepas merasmikan pertandingan video pendek 'Food Hunter' di Kafe & Bistro Konda Konda, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation Holdings

Meor Rezal Fitri Dato Dr Hj Meor Redwan dan Pengurus Besar Tourism Perak Zuraida MohdTaib.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Street Food dan Kafe. Tempoh durasi video maksimun satu minit dan maksimum tiga minit.

Pengambaran video dan produk makanan mestilah dilakukan di dalam negeri Perak.

Setiap penyertaan perlulah meletakkan alamat gerai atau kafe di kapsyen posting media sosial. Penyertaan mestilah menggunakan 'Hashtag' yang betul iaitu #BSKMPerak #DigitalPerak #PiORTV #Perakfoodhunter #travelperaklah #mohkeneiperak. Setiap karya juga hendaklah dihantar ke alamat email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Hadiah tempat pertama bagi kedua-dua kategori berupa wang tunai RM3,000 berserta  sebuah Ipad, penginapan di Hotel Casuarina selama 2 hari 1 malam serta baucer makanan yang ditaja oleh Miker Pizza dan Konda kondi.

Tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000 berserta serta baucer makanan yang ditaja oleh Miker Pizza dan Konda kondi.

Sebanyak sepuluh hadiah saguhati bernilai RM100 berserta sijil penyertaan juga disediakan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman media sosial Perak Interactive Open Resources (PiOR.TV) ataupun boleh menghubungi Cik Fifi di talian 05-5261881.