IPOH – Aiskrim percuma dan diskaun 10 peratus ke atas semua barangan permainan yang dijual sempena soft opening (pelancaran pengenalan) kafe Go Sweet by Mat Periuk pada Jumaat, 12 Mac ini.

Pemberian aiskrim percuma itu hanya akan diberikan kepada pelanggan yang menjamu selera di kafe berkenaan bermula dari jam 11 pagi sehingga 2 petang pada hari tersebut.

Pelanggan boleh menikmati lebih 50 menu makanan tempatan dan barat serta merasai kenakkan pencuci mulut di kafe yang berkonsepkan food, arts and music itu.

Selain itu, pelanggan juga boleh membeli pelbagai jenis barang mainan yang dijual sesuai untuk kanak-kanak lelaki, perempuan mahupun untuk orang dewasa dengan harga yang berpatutan.

Kafe yang beralamat di No. 40, Ground Floor, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak (bersebelahan Restoran New Hollywood) ini dibuka bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam.