IPOH - Pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi mempunyai bajet terhad boleh mendapatkan perkhidmatan pakej majlis perkahwinan yang ditawarkan restoran Laman Manjoi. 
Hanya dengan RM9.90 seorang, pelanggan boleh memilih menu kasih sayang yang ditawarkan restoran tersebut. 
 
Antara pilihan menu yang disediakan termasuklah, nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah atau kari, ikan masin bulu ayam atau ikan masin gulai lemak nanas, pajeri terung atau jelatah, ulam-ulaman, sambal belacan, buah-buahan dan pilihan kordial. 
 
Selain itu, pakej itu turut menyediakan laman perkahwinan termasuk meja, kerusi (termasuk sarung), meja bufet, pembesar suara dan muzik selingan. 
 
Di samping itu, penyambut tetamu juga disediakan bagi mengendalikan kemasukkan tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. 
 
Laman Manjoi juga turut menyediakan pelamin, meja santapan pengantin, laman untuk mengambil gambar (photo booth), pintu gerbang, pakej baju pengantin dan andaman dengan harga tambahan bermula RM1,500 sahaja. 
 
Promosi pakej majlis perkahwinan ini ditawarkan dengan jumlah minimum 200 tetamu bagi satu-satu majlis. 
 
Slain itu, Laman Manjoi turut menawarkan lima bilik dengan harga serendah RM200 di M Motel Meru Ipoh untuk penginapan tetamu atau ahli keluarga yang tinggal di luar Ipoh. 
 
Jika berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh hubungi talian 011-53551616 atau emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.