IPOH – Penggemar makanan Cina Muslim boleh mengambil peluang untuk berbuka puasa di Restoran Laman Manjoi yang menyajikan Dome Set Berbuka sempena Ramadan ini.

Restoran ini menawarkan empat pakej bagi Dome Set iaitu Set A (empat orang) RM80 berserta lima jenis lauk pauk; Set B (enam orang) yang berharga RM140 berserta enam jenis lauk pauk; Set C (lapan orang) yang berharga RM180 berserta tujuh jenis lauk pauk dan Set D (10 orang) yang berharga RM220 berserta lapan jenis lauk pauk.

Kesemua set tersebut disertakan dengan kurma, pelbagai jenis kuih muih, buah-buahan, kordial dan nasi secara percuma!

Antara pilihan menu yang disediakan adalah, Daging Kam Heong, Ayam Butter, Ikan Harlock, Udang Masak Lemak, Sotong Bakar, Sup Tomyam, Tauhu Ayam Cincang, Lala Rebus dan Telur Sambal.

Terdapat lima jenis menu dengan pilihan 11 jenis lauk pauk berlainan setiap hari yang boleh dipilih pelanggan Dome Set mengikut pakej yang ditawarkan.

Selain Dome Set, restoran ini turut membuka pesanan bagi pelanggan yang ingin menikmati Shellout dan Steamboat (terhad kepada enam dapur sahaja) dengan harga RM18.00 (seorang) berserta kurma dan kuih muih.

Pelanggan yang ingin berbuka puasa di sini digalakkan untuk membuat tempahan sebelum jam 2 petang memandangkan hanya 25 meja sahaja disediakan sepanjang Ramadan ini.

Untuk membuat tempahan sila hubungi atau Whatsapp di talian 012-681 0861 atau 011-5355 1616.

Restoran yang terletak di 1170, Jalan Perwira, Gugusan Manjoi, 30020 Ipoh ini lengkap dengan kemudahan tempat letak kereta dan surau (untuk lelaki dan wanita).