IPOH- Kemeriahan dan kegermelapan 'Kinta Riverwalk' yang suatu ketika dahulu bakal kembali menjadi 'ikon malam' dan destinasi santai di bandaraya Ipoh. 

Datuk Bandar Ipoh, datuk Rumaizi Baharin@Md Daud mengumumkan pra pembukaan Kinta Riverwalk akan bermula mulai 31 Disember 2021 sempena Sambutan Tahun Baru 2022 dan pastinya akan memeriahkan kembali sektor pelancongan di bandaraya Ipoh.

"Pelbagai acara menarik  telah dirancang dan bakal dilaksanakan, contohnya seperti Persembahan Buskers, Perak Cartoon Fest, Music Fest, Aerobatic Challenge dan beberapa pertandingan.

"Acara-secara bulanan juga dilangsungkan seperti sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia melibatkan Pertandingan Panjut, Demo Tarian Singa dan Gendang Cina, Demo Tarian Kebudayaan India dan Perayaan Hari Natal / Tahun Baru," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Disember di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini pada Khamis.

Kinta Riverwalk telah dinaiktaraf mulai 2 September 2020 hingga 1 November 2021 dengan kos berjumlah RM3 juta.

Sejumlah 8 daripada 16 premis perniagaan dijangka akan beroperasi seperti MIKER, Restoran Mat Periuk, Restoran Kitchen Arang Batu, Hadramout, Ipoh Barber & Comber dan Skill of Art dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sempena Tahun Baru 2022.

Menurut Rumaizi,  dua buah jambatan ikonik yang terdapat di Kinta Riverwalk masih mengekalkan konsepkan ‘Glow In The Dark’. Selain itu, dimeriahkan dengan permis perniagaan yang berkonsepkan Hipster, Heritage, and Health (3H). Pengunjung yang mempunyai hobi mengumpul koleksi kraftangan, sedikit masa lagi akan diwujudkan gerai kraftangan kayu gaharu.

"Kinta Riverwalk dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2022. Semoga ia akan menjadi salah satu produk pelancongan yang dapat menarik kehadiran pelancong ke Bandaraya Ipoh'" ujarnya.