IPOH - Bagi pengujung luar dan juga buat orang Ipoh, ini merupakan lokasi yang harus dikunjungi untuk mendalami sejarah perlombongan bijih timah di sini.

Ipoh suatu ketika dahulu merupakan bandaraya perlombongan utama dan terkenal di mana hasil ekonomi itu telah mencorak landskap bandar ini.

Pada masa dahulu, Lembah Kinta berkembang pesat dan merupakan daerah terkaya di Semenanjung Tanah Melayu hasil dari kegiatan perlombongan bijih timah.

Ini menjadikan Ipoh lebih terkenal berbanding bandar di negeri lain hanya kerana kekuatannya yang kaya dengan hasil bijih timah.

Tin Alley merupakan satu pusat kreatif yang memelihara sambil mempromosikan warisan, budaya dan kesenian Ipoh.

Ruang yang penuh dengan nilai estetik berkonsepkan vintaj, sesuai bagi mereka yang mencari spot untuk bergambar atau selfie.

Berada di sini seolah-olah membawa diri pengunjung mengembalikan nostalgia kehidupan pada abad ke-19.

Terletak di nombor 3, Lorong Bijeh Timah, Ipoh, premis ini dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Nah, sesungguhnya Ipoh merupakan bandar warisan pelancongan yang tidak kurang dengan tarikan menarik yang mana tiada di tempat lain.

Jom ke Ipoh. - Peraktastic- Foto: Tourism Perak